Sunday 11 March 2012

GAMBAR AKTIVITI BELIA 4B MERLIMAU PASIR

Program Ceramah Biro Tatanegara & Santai BBQ
(22 Februari 2011)


Program Khidmat Masyarakat & Gotong Royong
(25 Mac 2011)

KATA-KATA ALUAN KETUA BELIA 4B (M) CAWANGAN MERLIMAU PASIR


SECANGKIR GAMBIR
OLEH EN. JEZLEE BIN PIT
KETUA BELIA 4B (M) CAWANGAN MERLIMAU PASIR





Assalamualikum w.b.t.

            Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnianya, segala persiapan yang dirancang dapat dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Berkat usaha dan kerjasama Ahli Ahli Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir segala permasalahan dapat di rungkaikan bersama tanpa menjejaskan persiapan untuk menghadapi Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka.

            Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persiapan menghadapi Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini. Sesungguhnya jasa tuan tuan yang membantu amat kami hargai. Pengalaman menghadapi Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka ini merupakan satu pengalaman yang amat baik di mana ianya benar benar menguji ketahanan mental dan fizikal serta melatih kami menjadi lebih matang dalam mengendalikan sesuatu organisasi.

            Sama samalah kita berdoa agar kejayaan berpihak kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir. Sesungguhnya Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir telah bersedia menggalas cabaran di Peringkat yang lebih tinggi sekiranya di beri peluang.

Sekian, terimakasih.

“BERSATU, BELAJAR, BEKERJA, BERKHIDMAT”

KATA-KATA ALUAN PENASIHAT

SEULAS PINANG
SIDANG AKHIL BIN GHAFAR
PENGERUSI JKKK MERLIMAU


Assalamualikum w.b.t.

            Terlebih dahulu ingin saya melahirkan perasaan sukacita yang tidak terhingga kerana Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir sebuah organisasi di bawah JKKK Merlimau yang juga sebuah persatuan belia buat julung julung kalinya menyertai dalam Anugerah belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini. Ini membuktikan bahawa golongan belia di Merlimau Pasir telah melaksanakan tugas mereka dengan baik bagi mewarisi kepimpinan kampung pada masa akan datang.

            Saya amat menyokong penuh Anugerah ini diadakan kerana dari sinilah belia di kampung kampung dapat mempertingkatkan mutu pengurusan pentadbiran Persatuan Belia agar persatuan belia tidak berkubur begitu sahaja. Saya percaya Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir akan bekerja keras memastikan setiap aspek penilaian diurustadbir dengan baik.

            Saya juga mengharapkan supaya Ahli Ahli Panel dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada anak anak buah saya di kampung Merlimau Pasir ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir, semoga setiap yang kita lakukan adalah satu ibadah dan akan mendapat tempat di akhirat kelak.

Sekian.

“MERLIMAU PASIR, KAMPUNGKU SAYANG”

KATA-KATA ALUAN


SEKAPUR SIREH
OLEH Y.B. ROSLAN BIN AHMAD
ADUN MERLIMAU


Assalamualikum W.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim,

            Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir, kerana telah berani menggalas cabaran untuk bersaing dalam Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada kali ini. Sesungguhnya, saya bagi pihak Pentadbir DUN merasa amat berbangga dengan semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir bukan sahaja untuk menyertai Anugerah ini, bahkan persatuan ini telah membuktikan dengan keaktifan mereka melaksanakan aktiviti serta melayan kerenah belia di Merlimau Pasir.

            Untuk menjadi sebuah Persatuan Belia yang baik, setiap sistem pengurusan pentadbiran belia perlulah dinilai dan hasil dari penilaian tersebut akan menjadi kayu pengukur kejayaan setiap persatuan belia. Saya yakin dan percaya bahawa Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau pasir mempunyai pengurusan pentadbiran belia yang baik dan mampu meraih tempat yang terbaik pada pertandingan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka untuk kali ini.

            Dengan itu juga, saya mendoakan agar perjalanan penilaian  ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Semoga atas keberkatan usaha Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir yang bekerja keras membela nasib belia, akan diberkati Allahs.w.t.

Sekian, terima kasih.


“1 BELIA, 1 MALAYSIA”

Saturday 10 March 2012

Ikrar Belia 4B

Bahawa Saya Berikrar

Bersatu
Untuk Mempertahankan
Kemerdekaan Dan Kedaulatan Negara

Belajar
Untuk Memperolehi
Ilmu Yang Berguna

Bekerja
Untuk Penghidupan
Yang Sempurna

Dan  Berkhidmat
Untuk 4B, Agama, Bangsa Dan Negara

Lagu Belia 4B

Bersatu
Untuk Mempertahankan Negara Kita
Berdaulat Dan Merdeka

Belajar
Ilmu Rohani Dan Jasmani
Penting Dan Amat Berguna

Bekerja
Ke Arah Penghidupan Yang Sempurna
Bersifat Berdikari

Berkhidmat
Untuk Gerakan 4B
Masyarakat Dan Negara

Bendera Kita Berkibar-Kibar
Sungguh Megah Di Angkasa
Lambang Gerakan Gagah Perkasa
Jadi Panduan Kita

Cogan Bersatu, Belajar, Bekerja Dan Berkhidmat
Bergerak Seruannya
Marilah Bersama Menjalankan Ikrar
Untuk Negara Malaysia

Keahlian

Bilangan Ahli Belia 4B Merlimau Pasir

 

Graf Keahlian Belia 4B Merlimau Pasir Untuk Tahun 2008 - 2011


Graf Keahlian Belia 4B Merlimau Pasir Untuk Tahun 2011 - 2014

Seruan


" BERGERAK "



" PIMPINAN TERDAHULU DAN SEKARANG "

Ciri-ciri Kepimpinan Yang Perlu Diterapkan di Dalam Belia :-


  • Mencerminkan nilai disiplin yang tinggi dan bepersatuan.
  • Mengamalkan sikap bertoleransi dalam berkomunikasi.
  • Menjaga maruah dan wibawa persatuan dan masyarakat.
  • Mengamalkan sikap hormat  menghormati.
  • Sentiasa muhasabah, menilai dan mencermin diri.




Moto

"BERSATU, BELAJAR, BEKERJA, BERKHIDMAT"

Misi


  • Menjana masyarakat belia menjadi satu masyarakat yang dinamik dan realistik.
  • Menjana masyarakat belia yang berilmu dan beramal.
  • Melahirkan masyarakat belia menjadi satu masyarakat yang peka dan prihatin.

Visi


" BAHAWA MASYARAKAT BELIA AKAN


MENJADI SARU MASYARAKAT YANG


 DINAMIK DAN REALISTIK "

Sejarah Penubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia Merlimau Pasir


Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir telah mendapat kelulusan dan perakuan pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia secara sah pada 03 Februari 2009. Sejarah asal penubuhan Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir pada asalnya telah digerakkan oleh kumpulan Belia di Merlimau Pasir yang ketika itu masih belum menyertai mana-mana Pertubuhan atau Persatuan Belia. Idea penubuhan Gerakan Belia 4B  Merlimau Pasir telah digerakkan pada bulan April 2008. Bermula dari tarikh tersebut pelbagai perbincangan telah diadakan untuk membentuk Jawatankuasa serta mengumpul ahli-ahli Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir. Jawatankuasa pada masa itu yang dikira sebagai Penaja telah bergerak melaksanakan beberapa aktiviti sebagai permulaan untuk mengumpulkan dan menarik minat golongan belia menyertai Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir. Pada 26 Mei 2008, Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir telah mendapat kebenaran dari Jabatan Pertanian Negeri Melaka untuk menggunakan bangunan Extension Sub Centre Pejabat Pertanian Merlimau Melaka sebagai pusat Aktiviti Belia Merlimau yang juga Bilik Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir. Dari titik tolak itulah Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir mengatur langkah menggerakkan Aktiviti- aktiviti Belia ke arah Pembangunan Belia yang lebih cemerlang.


Sejarah Penubuhan 4B


Seawal penubuhannya, Gerakan Belia 4B adalah bertujuan memberi peluang kepada belia luar bandar untuk bergiat dalam bidang pertanian, penternakan khasnya di kampung bagi membangunkan sektor pertanian di luar bandar. Disamping itu juga bertujuan untuk menyatukan belia dari kaum Melayu, India dan Cina melalui dasar pertanian serta mencari pelapis untuk menjadi pemimpin di peringkat Belia 4B dan seterusnya penuhuhan politik yang lain.  Kesedaran masyarakat Melayu dalam peristiwa 13 Mei 1969 mulai mengalami perubahan di mana banyak bantuan kerajaan disalurkan kepda orang Melayu hinggakan masyarakat Bumiputera dikenali maysarakat sebsidi. Paling Utama ialah menjadi satu tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyatnya. Atas semangat inilah GB4B ditubuhkan agar kerajaan dapat membantu orang Melayu supaya bersikap keusahawanan dan tidak cemburu dengan kejayaan kaum lain.  Secara khusus tujuan GB4B adalah seperti berikut :
  • Menyatu, menyusun dan menggembeleng tenaga belia untuk mengambil peranan  positif dalam pembangunan negara dan untuk menegakkan maysarakat yang adil.
  • Memberi pendidikan rohani dan jasmani.
  • Melatih ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepeningan 4B, Agama, Bangsa dan Negara.
  • Menggalak dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan.
  • Memajukan dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk  mewujudkan masyarakat yang lebih makmur.
  • Menaja dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulin berdasarkan rasa tanggungjawab dan keikhlasan.
  • Menggalakkan ahli bergerak ke arah kehidupan yang sempurna yang berasaskan kehormatan diri dan sifat berdikari dan berdisiplin.

Sejarah Kampung Merlimau Pasir


Ramai orang-orang Merlimau sendiri tertanya-tanya tentang asal nama "Merlimau" atau bagaimana Merlimau dapat namanya. Dari tradisi lisan atau cerita-cerita mulut terdapat dua cerita. Seperti  yang diperkatakan ada dua kelompok keturunan terbedar di Merlimau iaitu Bugis dan Palembang. Oleh itu terdapat dua cerita:-

Cerita Pertama : Dari Sumber  orang-orang Palembang.


Dikatakan orang-orang Melayu dahulu sangat pandai bermain senjata istemewanya keris. Mereka adakan latihan bersilat, berpencak atau seni mempertahankan diri setiap hari. Masing-masing mempunyai keris sebagai senjata persendirian yang dibawa ke mana-mana mereka pergi untuk mempertahankan diri dan menentang musuh. Keris ini dijaga dan dipelihara.  Cara menjaganya ialah "diusap dan dilimau". Ini bermakna keris mereka mesti diusap dengan kemenyan dan diurut dengan limau. Tradisi merlimau keris ini masih terdapat dikalangan masyarakat Melayu khasnya yang menyimpan keris pusaka. Upacara ini dinamakan "Upacara Merlimau Keris".  Setiap malam jumaat keris mereka mesti dilimau. Dalam upacara ini mereka berkumpul di rumah Tok Guru untuk melimau keris. Bila ditanya, "Hendak ke mana?". Mereka menjawab, "Hendak Melimau " , Hendak Melimau dan akhirnya tempat itu dinamakan "MERLIMAU".

Sumber Ke dua : Dari Cerita Keturunan Bugis.


Pembesar  Orang Bugis yang berhijrah ke Merlimau ialah Datuk Kaya Makmun. Beliau pada asalnya telah menebas, menebang hutan untuk  membuat kawasan kediaman. Waktu itu di pedalaman atau di hulu sungai Merlimau adalah hutan yang tidak pernah diterokai orang. Hutan belantara yang begitu besar dikatakan banyak didiami oleh binatang buas terutama harimau. Harimau banyak sentiasa mengancam pendatang baru ini kerana mereka tinggal di pinggir hutan tebal. Sehubungan dengan itu Datuk Kaya mengarahkan orang-orang mereka membuat pagar menahan serangan atau menahan bahaya harimau. Dalam bahasa dahulu disebut "mara rimau" kita buat pagar, tahan mara rimau, tahan mara rimau" oleh kerana mara rimau ini mengancam hidup , mereka menamakan tempat ini sebagai Mara Rimau, Mara Rimau dan akhirnya menjadi "MERLIMAU".  Demikianlah cerita dari mulut kemulut yang berlaku hampir 300 tahun dahulu. Janganlah dipersoalkan yang mana betul atau salah. Kita terima ke dua-duanya. Syukur ke dua-dua keturunan ini ada ceritanya untuk menjadi pengetahuan generasi akan datang.

Lambang & Bendera Gerakan 4b Malaysia


Perisai berlatar belakang berwarna hijau dengan pecahan bintang 14 negeri di Malaysia berwarna putih serta perkataan 4B berwarna merah ditengah-tengahnya dan dilengkapi oleh dua tangkai padi masak berwarna kuning emas.

Berwarna Merah dan Putih (sama besar) iaitu merah  disebelah bawah dan putih  disebelah atas dengan lambang terletak dipenjuru sebelah kiri meliputi satu perempat daripada bendera. Putih bererti memberikan khidmat dengan bersih, tulus dan ikhlas,
Merah bererti berani dalam perjuangan  menegakan kebenaran.

Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir

Cawangan Merlimau Pasir...

No. Pendaftaran : PPBM 0002-1394/09

Tarikh Pendaftaran : 03 Februari 2009

Alamat E-Mail : belia4bmerlimaupasir@gmail.com

Alamat blog : www.belia4bmerlimaupasir.blogspot.com