Saturday 10 March 2012

Sejarah Penubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia Merlimau Pasir


Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir telah mendapat kelulusan dan perakuan pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia secara sah pada 03 Februari 2009. Sejarah asal penubuhan Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir pada asalnya telah digerakkan oleh kumpulan Belia di Merlimau Pasir yang ketika itu masih belum menyertai mana-mana Pertubuhan atau Persatuan Belia. Idea penubuhan Gerakan Belia 4B  Merlimau Pasir telah digerakkan pada bulan April 2008. Bermula dari tarikh tersebut pelbagai perbincangan telah diadakan untuk membentuk Jawatankuasa serta mengumpul ahli-ahli Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir. Jawatankuasa pada masa itu yang dikira sebagai Penaja telah bergerak melaksanakan beberapa aktiviti sebagai permulaan untuk mengumpulkan dan menarik minat golongan belia menyertai Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir. Pada 26 Mei 2008, Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir telah mendapat kebenaran dari Jabatan Pertanian Negeri Melaka untuk menggunakan bangunan Extension Sub Centre Pejabat Pertanian Merlimau Melaka sebagai pusat Aktiviti Belia Merlimau yang juga Bilik Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir. Dari titik tolak itulah Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir mengatur langkah menggerakkan Aktiviti- aktiviti Belia ke arah Pembangunan Belia yang lebih cemerlang.


No comments:

Post a Comment