Sunday 11 March 2012

KATA-KATA ALUAN


SEKAPUR SIREH
OLEH Y.B. ROSLAN BIN AHMAD
ADUN MERLIMAU


Assalamualikum W.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim,

            Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir, kerana telah berani menggalas cabaran untuk bersaing dalam Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada kali ini. Sesungguhnya, saya bagi pihak Pentadbir DUN merasa amat berbangga dengan semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir bukan sahaja untuk menyertai Anugerah ini, bahkan persatuan ini telah membuktikan dengan keaktifan mereka melaksanakan aktiviti serta melayan kerenah belia di Merlimau Pasir.

            Untuk menjadi sebuah Persatuan Belia yang baik, setiap sistem pengurusan pentadbiran belia perlulah dinilai dan hasil dari penilaian tersebut akan menjadi kayu pengukur kejayaan setiap persatuan belia. Saya yakin dan percaya bahawa Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau pasir mempunyai pengurusan pentadbiran belia yang baik dan mampu meraih tempat yang terbaik pada pertandingan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka untuk kali ini.

            Dengan itu juga, saya mendoakan agar perjalanan penilaian  ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Semoga atas keberkatan usaha Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir yang bekerja keras membela nasib belia, akan diberkati Allahs.w.t.

Sekian, terima kasih.


“1 BELIA, 1 MALAYSIA”

No comments:

Post a Comment