Sunday, 11 March 2012

GAMBAR AKTIVITI BELIA 4B MERLIMAU PASIR

Program Ceramah Biro Tatanegara & Santai BBQ
(22 Februari 2011)


Program Khidmat Masyarakat & Gotong Royong
(25 Mac 2011)

KATA-KATA ALUAN KETUA BELIA 4B (M) CAWANGAN MERLIMAU PASIR


SECANGKIR GAMBIR
OLEH EN. JEZLEE BIN PIT
KETUA BELIA 4B (M) CAWANGAN MERLIMAU PASIR





Assalamualikum w.b.t.

            Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnianya, segala persiapan yang dirancang dapat dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Berkat usaha dan kerjasama Ahli Ahli Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir segala permasalahan dapat di rungkaikan bersama tanpa menjejaskan persiapan untuk menghadapi Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka.

            Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persiapan menghadapi Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini. Sesungguhnya jasa tuan tuan yang membantu amat kami hargai. Pengalaman menghadapi Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka ini merupakan satu pengalaman yang amat baik di mana ianya benar benar menguji ketahanan mental dan fizikal serta melatih kami menjadi lebih matang dalam mengendalikan sesuatu organisasi.

            Sama samalah kita berdoa agar kejayaan berpihak kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir. Sesungguhnya Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir telah bersedia menggalas cabaran di Peringkat yang lebih tinggi sekiranya di beri peluang.

Sekian, terimakasih.

“BERSATU, BELAJAR, BEKERJA, BERKHIDMAT”

KATA-KATA ALUAN PENASIHAT

SEULAS PINANG
SIDANG AKHIL BIN GHAFAR
PENGERUSI JKKK MERLIMAU


Assalamualikum w.b.t.

            Terlebih dahulu ingin saya melahirkan perasaan sukacita yang tidak terhingga kerana Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir sebuah organisasi di bawah JKKK Merlimau yang juga sebuah persatuan belia buat julung julung kalinya menyertai dalam Anugerah belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini. Ini membuktikan bahawa golongan belia di Merlimau Pasir telah melaksanakan tugas mereka dengan baik bagi mewarisi kepimpinan kampung pada masa akan datang.

            Saya amat menyokong penuh Anugerah ini diadakan kerana dari sinilah belia di kampung kampung dapat mempertingkatkan mutu pengurusan pentadbiran Persatuan Belia agar persatuan belia tidak berkubur begitu sahaja. Saya percaya Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir akan bekerja keras memastikan setiap aspek penilaian diurustadbir dengan baik.

            Saya juga mengharapkan supaya Ahli Ahli Panel dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada anak anak buah saya di kampung Merlimau Pasir ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir, semoga setiap yang kita lakukan adalah satu ibadah dan akan mendapat tempat di akhirat kelak.

Sekian.

“MERLIMAU PASIR, KAMPUNGKU SAYANG”

KATA-KATA ALUAN


SEKAPUR SIREH
OLEH Y.B. ROSLAN BIN AHMAD
ADUN MERLIMAU


Assalamualikum W.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim,

            Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir, kerana telah berani menggalas cabaran untuk bersaing dalam Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada kali ini. Sesungguhnya, saya bagi pihak Pentadbir DUN merasa amat berbangga dengan semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir bukan sahaja untuk menyertai Anugerah ini, bahkan persatuan ini telah membuktikan dengan keaktifan mereka melaksanakan aktiviti serta melayan kerenah belia di Merlimau Pasir.

            Untuk menjadi sebuah Persatuan Belia yang baik, setiap sistem pengurusan pentadbiran belia perlulah dinilai dan hasil dari penilaian tersebut akan menjadi kayu pengukur kejayaan setiap persatuan belia. Saya yakin dan percaya bahawa Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau pasir mempunyai pengurusan pentadbiran belia yang baik dan mampu meraih tempat yang terbaik pada pertandingan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka untuk kali ini.

            Dengan itu juga, saya mendoakan agar perjalanan penilaian  ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Semoga atas keberkatan usaha Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir yang bekerja keras membela nasib belia, akan diberkati Allahs.w.t.

Sekian, terima kasih.


“1 BELIA, 1 MALAYSIA”

Saturday, 10 March 2012

Ikrar Belia 4B

Bahawa Saya Berikrar

Bersatu
Untuk Mempertahankan
Kemerdekaan Dan Kedaulatan Negara

Belajar
Untuk Memperolehi
Ilmu Yang Berguna

Bekerja
Untuk Penghidupan
Yang Sempurna

Dan  Berkhidmat
Untuk 4B, Agama, Bangsa Dan Negara

Lagu Belia 4B

Bersatu
Untuk Mempertahankan Negara Kita
Berdaulat Dan Merdeka

Belajar
Ilmu Rohani Dan Jasmani
Penting Dan Amat Berguna

Bekerja
Ke Arah Penghidupan Yang Sempurna
Bersifat Berdikari

Berkhidmat
Untuk Gerakan 4B
Masyarakat Dan Negara

Bendera Kita Berkibar-Kibar
Sungguh Megah Di Angkasa
Lambang Gerakan Gagah Perkasa
Jadi Panduan Kita

Cogan Bersatu, Belajar, Bekerja Dan Berkhidmat
Bergerak Seruannya
Marilah Bersama Menjalankan Ikrar
Untuk Negara Malaysia