- Menjana masyarakat belia menjadi satu masyarakat yang dinamik dan realistik.
- Menjana masyarakat belia yang berilmu dan beramal.
- Melahirkan masyarakat belia menjadi satu masyarakat yang peka dan prihatin.
Saturday, 10 March 2012
Misi
Sejarah Penubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia Merlimau Pasir
Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir telah mendapat kelulusan dan perakuan pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia secara sah pada 03 Februari 2009. Sejarah asal penubuhan Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir pada asalnya telah digerakkan oleh kumpulan Belia di Merlimau Pasir yang ketika itu masih belum menyertai mana-mana Pertubuhan atau Persatuan Belia. Idea penubuhan Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir telah digerakkan pada bulan April 2008. Bermula dari tarikh tersebut pelbagai perbincangan telah diadakan untuk membentuk Jawatankuasa serta mengumpul ahli-ahli Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir. Jawatankuasa pada masa itu yang dikira sebagai Penaja telah bergerak melaksanakan beberapa aktiviti sebagai permulaan untuk mengumpulkan dan menarik minat golongan belia menyertai Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir. Pada 26 Mei 2008, Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir telah mendapat kebenaran dari Jabatan Pertanian Negeri Melaka untuk menggunakan bangunan Extension Sub Centre Pejabat Pertanian Merlimau Melaka sebagai pusat Aktiviti Belia Merlimau yang juga Bilik Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir. Dari titik tolak itulah Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir mengatur langkah menggerakkan Aktiviti- aktiviti Belia ke arah Pembangunan Belia yang lebih cemerlang.
Sejarah Penubuhan 4B
Seawal penubuhannya, Gerakan Belia 4B adalah bertujuan memberi peluang kepada belia luar bandar untuk bergiat dalam bidang pertanian, penternakan khasnya di kampung bagi membangunkan sektor pertanian di luar bandar. Disamping itu juga bertujuan untuk menyatukan belia dari kaum Melayu, India dan Cina melalui dasar pertanian serta mencari pelapis untuk menjadi pemimpin di peringkat Belia 4B dan seterusnya penuhuhan politik yang lain. Kesedaran masyarakat Melayu dalam peristiwa 13 Mei 1969 mulai mengalami perubahan di mana banyak bantuan kerajaan disalurkan kepda orang Melayu hinggakan masyarakat Bumiputera dikenali maysarakat sebsidi. Paling Utama ialah menjadi satu tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyatnya. Atas semangat inilah GB4B ditubuhkan agar kerajaan dapat membantu orang Melayu supaya bersikap keusahawanan dan tidak cemburu dengan kejayaan kaum lain. Secara khusus tujuan GB4B adalah seperti berikut :
- Menyatu, menyusun dan menggembeleng tenaga belia untuk mengambil peranan positif dalam pembangunan negara dan untuk menegakkan maysarakat yang adil.
- Memberi pendidikan rohani dan jasmani.
- Melatih ahli-ahli mengambil bahagian yang sepenuhnya demi kepeningan 4B, Agama, Bangsa dan Negara.
- Menggalak dan menganjurkan pengkajian, latihan dan bimbingan untuk belia-belia dalam semua bidang kemahiran dan pengetahuan.
- Memajukan dan mengukuhkan kedudukan ekonomi ahli-ahli untuk mewujudkan masyarakat yang lebih makmur.
- Menaja dan memimpin usaha-usaha berkhidmat yang tulin berdasarkan rasa tanggungjawab dan keikhlasan.
- Menggalakkan ahli bergerak ke arah kehidupan yang sempurna yang berasaskan kehormatan diri dan sifat berdikari dan berdisiplin.
Sejarah Kampung Merlimau Pasir
Ramai orang-orang Merlimau sendiri tertanya-tanya tentang asal nama "Merlimau" atau bagaimana Merlimau dapat namanya. Dari tradisi lisan atau cerita-cerita mulut terdapat dua cerita. Seperti yang diperkatakan ada dua kelompok keturunan terbedar di Merlimau iaitu Bugis dan Palembang . Oleh itu terdapat dua cerita:-
Cerita Pertama : Dari Sumber orang-orang Palembang .
Dikatakan orang-orang Melayu dahulu sangat pandai bermain senjata istemewanya keris. Mereka adakan latihan bersilat, berpencak atau seni mempertahankan diri setiap hari. Masing-masing mempunyai keris sebagai senjata persendirian yang dibawa ke mana-mana mereka pergi untuk mempertahankan diri dan menentang musuh. Keris ini dijaga dan dipelihara. Cara menjaganya ialah "diusap dan dilimau". Ini bermakna keris mereka mesti diusap dengan kemenyan dan diurut dengan limau. Tradisi merlimau keris ini masih terdapat dikalangan masyarakat Melayu khasnya yang menyimpan keris pusaka. Upacara ini dinamakan "Upacara Merlimau Keris". Setiap malam jumaat keris mereka mesti dilimau. Dalam upacara ini mereka berkumpul di rumah Tok Guru untuk melimau keris. Bila ditanya, "Hendak ke mana?". Mereka menjawab, "Hendak Melimau " , Hendak Melimau dan akhirnya tempat itu dinamakan "MERLIMAU".
Sumber Ke dua : Dari Cerita Keturunan Bugis.
Pembesar Orang Bugis yang berhijrah ke Merlimau ialah Datuk Kaya Makmun. Beliau pada asalnya telah menebas, menebang hutan untuk membuat kawasan kediaman. Waktu itu di pedalaman atau di hulu sungai Merlimau adalah hutan yang tidak pernah diterokai orang. Hutan belantara yang begitu besar dikatakan banyak didiami oleh binatang buas terutama harimau. Harimau banyak sentiasa mengancam pendatang baru ini kerana mereka tinggal di pinggir hutan tebal. Sehubungan dengan itu Datuk Kaya mengarahkan orang-orang mereka membuat pagar menahan serangan atau menahan bahaya harimau. Dalam bahasa dahulu disebut "mara rimau" kita buat pagar, tahan mara rimau, tahan mara rimau" oleh kerana mara rimau ini mengancam hidup , mereka menamakan tempat ini sebagai Mara Rimau, Mara Rimau dan akhirnya menjadi "MERLIMAU". Demikianlah cerita dari mulut kemulut yang berlaku hampir 300 tahun dahulu. Janganlah dipersoalkan yang mana betul atau salah. Kita terima ke dua-duanya. Syukur ke dua-dua keturunan ini ada ceritanya untuk menjadi pengetahuan generasi akan datang.
Lambang & Bendera Gerakan 4b Malaysia
Perisai berlatar belakang berwarna hijau dengan pecahan bintang 14 negeri di Malaysia berwarna putih serta perkataan 4B berwarna merah ditengah-tengahnya dan dilengkapi oleh dua tangkai padi masak berwarna kuning emas.
Berwarna Merah dan Putih (sama besar) iaitu merah disebelah bawah dan putih disebelah atas dengan lambang terletak dipenjuru sebelah kiri meliputi satu perempat daripada bendera. Putih bererti memberikan khidmat dengan bersih, tulus dan ikhlas,
Merah bererti berani dalam perjuangan menegakan kebenaran.
Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir
Cawangan Merlimau Pasir...
No. Pendaftaran : PPBM 0002-1394/09
Tarikh Pendaftaran : 03 Februari 2009
Alamat E-Mail : belia4bmerlimaupasir@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)



