Senarai
Aktiviti Gerakan Belia 4B Tahun 2012
|
||||
BIL
|
PROGRAM
|
TARIKH
|
TEMPAT
|
PENYERTAAN
|
1
|
Gotong
royong Masjid Merlimau Pasir
|
28/01/2012
|
Masid Merlimau Pasir
|
20 org
|
2
|
Mesyuarat
Agung Kelompok GB4B Merlimau
|
03/03/2012
|
Balairaya Taman Merlimau Utara
|
23 org
|
3
|
Lawatan
YAB Ketua Menteri ke GB4B Merlimau Pasir.
|
08/03/2012
|
Pusat Aktiviti Belia Merlimau
Pasir
|
50 org
|
4
|
Kehadiran
Panel Anugerah Belia Negara
|
26/03/2012
|
Pusat Aktiviti Belia Merlimau
Pasir
|
40 org
|
5
|
Ceramah
Perpaduan Ummah masyarakat sejahtera
|
11/04/2012
|
Masid Merlimau Pasir
|
300 org
|
6
|
Demo
dan laporan Polis bantahan kehadiran Ambiga di Merlimau.
|
01/05/2012
|
Balai Polis Merlimau
|
150 org
|
7
|
Kayuhan
Putrajaya sempena Hari Belia
|
24/05/2012
|
Putrjaya
|
30 org
|
8
|
Meraikan
Majlis perkahwinan En Hafiz Mansor Bendahari GB4B Merlimau Pasir
|
03/06/2012
|
Rumah Hafiz
|
30 org
|
9
|
Kayuhan
Bandar Melaka
|
06/06/2012
|
Kandang ~ Bandar Melaka
|
30 org
|
10
|
Kayuhan
lasak Ladang Air Merbau
|
17/06/2012
|
Ladang Jasin Lalang
|
25 org
|
11
|
Jamming
di Karnival Pemakanan Sihat
|
17/06/2012
|
Merlimau Point
|
300 org
|
12
|
Kayuhan
Melaka Parade
|
23/06/2012
|
Bandar Melaka
|
30 org
|
13
|
Kursus
Asas MountainBike
|
24-25/6/12
|
Pusat Aktiviti Belia Merlimau
Pasir
|
30 org
|
14
|
Pagoh
Jamboree
|
01/07/2012
|
Pagoh Agro Park
|
20 org
|
15
|
Tayangan
European Cup Final
|
02/07/2012
|
Bandar Merlimau
|
200 org
|
16
|
Program
memasak dan agih bubur lambuk
|
28/07/2012
|
Pusat Aktiviti Belia Merlimau
Pasir
|
50 org
|
17
|
Program
memancing udang
|
04/10/2012
|
Lokasi memancing Merlimau
|
20 org
|
18
|
Jamuan
Muhibbah GB4B & NGO
|
07/10/2012
|
Pusat Aktiviti Belia Merlimau
Pasir
|
300 org
|
BIL
|
PROGRAM
|
TARIKH
|
TEMPAT
|
PENYERTAAN
|
19
|
Berangan
Nam Nite Ride
|
13/10/2012
|
Berangan Enam
|
30 org
|
20
|
Kelip-kelip
Nite Ride
|
10/11/2012
|
Kg Merlimau Pasir
|
200 org
|
21
|
Hash
Ride Cheng
|
18/11/2012
|
Cheng
|
25 org
|
22
|
Jelajah
berbasikal bersama YAB Ketua Menteri di Kg Pulai
|
16/12/2012
|
Kg Pulai
|
40 org
|
23
|
Mesyuarat
Agung GB4B Kawasan Jasin
|
23/12/2012
|
PIBT Umbai
|
15 org
|
24
|
Pirate
Park Nite Ride
|
28/12/2012
|
Persisir Sungai Melaka
|
25 org
|
25
|
Mesyuarat
Agung GB4B Negeri Melaka
|
30/12/2012
|
Seri Bendahara
|
50 org
|
Monday, 31 December 2012
Senarai Aktiviti 2012:
Tuesday, 20 March 2012
Sunday, 11 March 2012
GAMBAR AKTIVITI BELIA 4B MERLIMAU PASIR
Program Ceramah Biro Tatanegara & Santai BBQ
(22 Februari 2011)
(22 Februari 2011)
Program Khidmat Masyarakat & Gotong Royong
(25 Mac 2011)
(25 Mac 2011)
KATA-KATA ALUAN KETUA BELIA 4B (M) CAWANGAN MERLIMAU PASIR
SECANGKIR GAMBIR
OLEH EN. JEZLEE BIN PIT
KETUA BELIA 4B (M) CAWANGAN MERLIMAU PASIR
Assalamualikum w.b.t.
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnianya, segala persiapan yang dirancang dapat dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Berkat usaha dan kerjasama Ahli Ahli Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir segala permasalahan dapat di rungkaikan bersama tanpa menjejaskan persiapan untuk menghadapi Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka.
Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persiapan menghadapi Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini. Sesungguhnya jasa tuan tuan yang membantu amat kami hargai. Pengalaman menghadapi Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka ini merupakan satu pengalaman yang amat baik di mana ianya benar benar menguji ketahanan mental dan fizikal serta melatih kami menjadi lebih matang dalam mengendalikan sesuatu organisasi.
Sama samalah kita berdoa agar kejayaan berpihak kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir. Sesungguhnya Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir telah bersedia menggalas cabaran di Peringkat yang lebih tinggi sekiranya di beri peluang.
Sekian, terimakasih.
“BERSATU, BELAJAR, BEKERJA, BERKHIDMAT”
KATA-KATA ALUAN PENASIHAT
SEULAS PINANG
SIDANG AKHIL BIN GHAFAR
PENGERUSI JKKK MERLIMAU
Assalamualikum w.b.t.
Terlebih dahulu ingin saya melahirkan perasaan sukacita yang tidak terhingga kerana Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir sebuah organisasi di bawah JKKK Merlimau yang juga sebuah persatuan belia buat julung julung kalinya menyertai dalam Anugerah belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada tahun ini. Ini membuktikan bahawa golongan belia di Merlimau Pasir telah melaksanakan tugas mereka dengan baik bagi mewarisi kepimpinan kampung pada masa akan datang.
Saya amat menyokong penuh Anugerah ini diadakan kerana dari sinilah belia di kampung kampung dapat mempertingkatkan mutu pengurusan pentadbiran Persatuan Belia agar persatuan belia tidak berkubur begitu sahaja. Saya percaya Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir akan bekerja keras memastikan setiap aspek penilaian diurustadbir dengan baik.
Saya juga mengharapkan supaya Ahli Ahli Panel dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada anak anak buah saya di kampung Merlimau Pasir ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir, semoga setiap yang kita lakukan adalah satu ibadah dan akan mendapat tempat di akhirat kelak.
Sekian.
“MERLIMAU PASIR, KAMPUNGKU SAYANG”
KATA-KATA ALUAN
SEKAPUR SIREH
OLEH Y.B. ROSLAN BIN AHMAD
ADUN MERLIMAU
Assalamualikum W.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim,
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir, kerana telah berani menggalas cabaran untuk bersaing dalam Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka pada kali ini. Sesungguhnya, saya bagi pihak Pentadbir DUN merasa amat berbangga dengan semangat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir bukan sahaja untuk menyertai Anugerah ini, bahkan persatuan ini telah membuktikan dengan keaktifan mereka melaksanakan aktiviti serta melayan kerenah belia di Merlimau Pasir.
Untuk menjadi sebuah Persatuan Belia yang baik, setiap sistem pengurusan pentadbiran belia perlulah dinilai dan hasil dari penilaian tersebut akan menjadi kayu pengukur kejayaan setiap persatuan belia. Saya yakin dan percaya bahawa Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau pasir mempunyai pengurusan pentadbiran belia yang baik dan mampu meraih tempat yang terbaik pada pertandingan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Melaka untuk kali ini.
Dengan itu juga, saya mendoakan agar perjalanan penilaian ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Semoga atas keberkatan usaha Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir yang bekerja keras membela nasib belia, akan diberkati Allahs.w.t.
Sekian, terima kasih.
“1 BELIA, 1 MALAYSIA”
Saturday, 10 March 2012
Ikrar Belia 4B
Bahawa Saya Berikrar
Bersatu
Untuk Mempertahankan
Kemerdekaan Dan Kedaulatan Negara
Belajar
Untuk Memperolehi
Ilmu Yang Berguna
Bekerja
Untuk Penghidupan
Yang Sempurna
Dan Berkhidmat
Untuk 4B, Agama, Bangsa Dan Negara
Bersatu
Untuk Mempertahankan
Kemerdekaan Dan Kedaulatan Negara
Belajar
Untuk Memperolehi
Ilmu Yang Berguna
Bekerja
Untuk Penghidupan
Yang Sempurna
Dan Berkhidmat
Untuk 4B, Agama, Bangsa Dan Negara
Lagu Belia 4B
Bersatu
Untuk Mempertahankan Negara Kita
Berdaulat Dan Merdeka
Belajar
Ilmu Rohani Dan Jasmani
Penting Dan Amat Berguna
Bekerja
Ke Arah Penghidupan Yang Sempurna
Bersifat Berdikari
Berkhidmat
Untuk Gerakan 4B
Masyarakat Dan Negara
Bendera Kita Berkibar-Kibar
Sungguh Megah Di Angkasa
Lambang Gerakan Gagah Perkasa
Jadi Panduan Kita
Cogan Bersatu, Belajar, Bekerja Dan Berkhidmat
Bergerak Seruannya
Marilah Bersama Menjalankan Ikrar
Untuk Negara Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)